Alif Satar
Alif Satar

Alif Satar

Muhammad Alif bin Mohd Satar (lahir 19 September 1990) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia.[1]Beliau mula dikenali setelah berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti TV One in a Million musim pertama sewaktu beliau berusia 16 tahun.[2] Selain menyanyi, beliau juga berlakon dan mengacara. Alif bermula berlakon pada usia 14 tahun di dalam produksi West End London untuk teater muzikal Peter Pan The Lost Boys. Lakonan pertama beliau adalah menerusi drama Suria di Cordoba sebagai Rudy. Namun begitu, lakonan beliau mendapat tempat di hati peminat dan penonton adalah sebagai Ahnaf Wafiy dalam drama adaptasi novel Dia Semanis Honey. Beliau banyak mengacarakan rancangan - rancangan di stesen televisyen Media Prima dan Astro bersama Shahrol Shiro,Sherry Al Hadad dan Zizan Razak.Beliau pernah dipilih oleh pengacara popular Datuk Aznil Haji Nawawi untuk mengacarakan rancangan Meletop terbitan Astro bersama Neelofa dan Nabil Ahmad pada tahun 2012.

Rujukan

WikiPedia: Alif Satar http://www.astroawani.com/berita-hiburan/alif-sata... http://beautifulnara.com/6-gambar-majlis-resepsi-p... http://www.budiey.com/aliff-satar-merungut-tentang... http://www.imdb.com/name/nm8672994/ http://www.tehsirap.com/2016/07/sinopsis-drama-dia... http://www.bharian.com.my/node/139609 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&f... http://www.sinarharian.com.my/alif-satar-kahwin-se... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/alif-satar-k...